Tiada sesiapa memahami sakit yang sangat, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami berat mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, kecuali wanita.
Tiada siapa yang tahu sakitnya pecah ketuban, kecuali wanita.
Adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu mudah?
Lalu berhakkah kita
mengatakan wanita melahirkan hanya melalui salah satu proses yang
BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja?
"Sekiranya wanita
mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati
syahid." Sungguh tinggi derajat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan derajat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada Anak yang dengan seenaknya menyuruh ibunya seperti hamba?
Jangan hanya karena sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat.
Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung saat bersalin.
Sedangkan kalian
tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim
diiris, satu persatu demi melahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita.
Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayani suami saban
malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban
tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat
difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, sejauh
mana anda menjaga rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah disia siakan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.
Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, yiaitu rahim ibu2 kalian.
Jika tiadapun
perasaan malu, sekurang-kurangnya adalah sedikit perasaan kasihan. Jika
anda masih layak bergelar suami atau Anak.
Inilah sebab mengapa syurga di bawah telapak si pemilik rahim. (tata syahrul)




